Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 14, 2016

Puding Roti Dan Sos Kastard Sedap & Mudah

Assalamu'alaikum. Haritu saya dan suami berbuka puasa beramai2 bersama2 sepupu belah suami di rumah pengantin baru, Raf&Ra. Saya sempat buat puding roti dan sos custard je, sebabkan pening kepala sangat dr bangun sahur. Alhamdulillah semua kata okay & sedap.
Okay, ni gambar yang sempat diambil oleh suami sebelum puding roti hilang dari pandangan mata, kihkih

Meh saya kongsikan resepi dengan semua yg sudi mencuba ya. Jangan lupa ya, bila memasak mulut dan hati kena sentiasa terukir dengan senyuman sambil berzikir dan berselawat. InshaaALLAH setiap hidangan kita pasti terasa kasih sayangnya, 😍.
Puding roti versi Aisyah (Sukatan semua guna Cawan Bunga Hijau). 
- Susu pekat Teapot - (Isi hampir penuh) * 
- Susu cair Ideal - (2 cawan penuh) * 
- Susu segar Dutch Lady (2 cawan penuh) * 
- Telur - (2biji, kacau &tapis) * 
- Stevia (1-3 titik) * 
- Esen vanila ( 1penutup / 1sk)* 
- Kismis (Secukupnya) 
- Coklat biji (Secukupnya) 
- Roti putih - (Dlm 11-12 keping sapukan butter (Buttercup) belah depan shj, kemudian potong 4 atau koyak ikut suka) 

Cara2. 
- Dengan lafaz bismillah, campurkan semua bahan bertanda*, kacaukan sampai sebati semuanya. Kemudian tapiskan. 
- Sapukan butter pada loyang (loyang kecil sahaja). 
- Langkah 1, Lapiskan roti (yg disapu butter mengadap bhgn atas) sebagai lapisan pertama sehingga menutupi dasar loyang. 
- Langkah 2, Kemudian lapiskan pula kismis & coklat sbg lapisan kedua. 
- Langkah 3 Kemudian masukkan campuran susu td sbg lapisan ketiga agak2 sehingga semuanya tenggelam. 
-Ulang semula langkah 1-3 sehingga penuh loyang dan akhiri dgn langkah 3 sehingga tenggelam semua roti, kismis dan coklat. 
-Tutupkan dgn aluminium foil. 
- Masukkan ke dalam periuk kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus lebih kurang 40mins-1jam, dgn api sederhana. 
- Bila dh siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais utk setkan dia. 

# Bahagian ni optional - Lepas kukus, selalu Aisyah bakar sat dlm 10mins suhu 180-200'c utk bg crispy2 bhgn atas tu. Kalau nk bakar semua kek ke roti or anything, panaskan dulu ketuhar dgn suhu 180'c selama 15mins. Kemudian sejukkan baru masuk dlm peti. 

Resepi Sos Kastard Versi Aisyah 
- 250ml, campurkan shj susu segar Dutch Lady + susu cair Ideal. (Kalau nak guna susu segar sahaja atau susu cair sahaja pun boleh. Ikut suka ya). 
- 3titik Stevia 
- 1sb Tepung Kastard yg telah dibancuhkan dgn sedikit air. 
- Esen vanila.

Cara2 
- Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan sehingga pekat. Jgn pekat sgt. 
Jgn berhenti kacau kalau tak sos akan jd bergentel. Dh siap sejukkan dan boleh dihidang dgn Puding Roti. 

Jika ada apa2 yang kurang faham, bolehlah bertanya diruangan komen ya. Malu bertanya sesat jalan 😁 Okay, tu je perkongsian harini. Selamat mencuba. 

❤ Aisyah