Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2016

Penyusuan Susu Ibu. "Breastfeeding".

Assalamu'alaikum. Lamanya tak tengok blog. last update bulan puasa & sekarang dah nak hujung thn pun. Anak pun nak masuk 1 tahun 1 bulan umurnya. Alhamdulillah sy masih lagi "breastfeed" kan anak. Percayalah, banyak pahit manis yg telah sy telan spnjng tempoh tersebut, terutamanya di awal2 kelahiran. Apa yg penting untuk perjalanan penyusuan susu ibu ni, ibu tu sendiri perlukan "mindset" yg sentiasa positif. Jangan kisahkan kata2 org sekeliling yg menyuruh kita "topup" anak dgn fm. Dalam erti kata lain ibu dan ayah, kedua-duanya perlu kuat dan tegas utk menyusukan anak dgn susu ibu sahaja. Juga pentingnya menjaga konsep "demand&supply". Setakat ni, sy tak mengambil apa2 "milkbooster". Cuma jaga makan, minum secukupnya sebelum,semasa, dan selepas proses penyusuan, makan kurma. Saya juga minum susu (HL) atau susu kambing wildan yang diblend bersama kurma. Andaikata tiada masa, suami akan belikan susu kurma brand FarmFresh. Sedap sgt rasa seakan-akan air cendol 😍. Just drink & eat real food okay. InshaaALLAH, bila kita jaga semua tu, tanpa apa2 booster pun kita boleh susukan anak sepenuhnya. Percaya pada diri, percaya pada Allah. Jangan asyik fikir susu tak cukup, anak tak kenyang. Ingat, tak banyak tak mengapa, apa yg penting cukup utk anak! Jangan sesekali ibu2 bandingkan hasil yg ibu2 dapat dgn ibu yang lain. Kerana keperluan setiap anak berlainan. Susu yg Allah ciptakan sesuai dgn keperluan setiap anak. Di situlah letaknya keistimewaan susu ibu, SubhanALLAH. Please ya. Istiqomah utk mengikut sunnah Rasulullah ini. Moga kita semua diberi kekuatan juga semangat yg kuat utk menyempurnakan penyusuan susu ibu, dan tidak mencipta bermacam alasan, Aamiin Ya Robbal'alamiin. Oh buat ibu2 yg mahu menambah ilmu penyusuan, mahupun ingin membeli barang2 penyusuan, boleh pergi ke Facebook Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman. Banyak sgt ilmu bermanfaat yg dikongsi beliau, barang2 yg beliau jual juga boleh dimiliki dgn harga yg sgt berpatutan, InshaaALLAH. ❤, Ummi Aisyah