Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 20, 2011

Mari Perbetul Bacaan Surah Al-Fatihah kita !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan

sedikit selingan pengajaran Al-Quran :))
pesanan : sila pausekan lagu di blog Aisyah ni sebelum mendengar pengajaran Ustaz Don ye



hari ini Aisyah mahu kongsikan sedikit ilmu yang Aisyah dapat daripada rancangan ustaz Don Daniyal. 
Sebenarnya Aisyah mmg suka sangat dengan rancangan beliau. Sebabnya cara Ustaz Don ni menyampaikan ilmu memang sangat..amat dan sungguhlah mudah sekali untuk difahami
Aisyah paling suka belajar bab ini..pembacaan Al-Fatihah yang betul
Sebelum belajar..kita akan baca kan surah ini?
Di dalam solat..surah ini adalah termasuk syarat sah solat..kalau salah cara kita membacanya maka tidak sahla solat kita..
Macam mana kita baca selama ini?
Tidak mengapa..jangan khuatir
Mari kita pelajari cara yang betul okay :)






sampai-sampaikanlah ilmu Allah itu walau hanya sepotong ayat :)


sekian sahaja untuk entri kali ni ye kawan-kawan..jangan lupa betulkan bacaan anda.. salam * (".*)

Monday, November 14, 2011

mawarnafastari

alhamdulillah..akhirnya hampir di penghujung hari ni aisyah temui sebuah blog yg menyedarkan aisyah


utk menghargai setiap detik yg ada bersama insan tercinta


kerana kita tidak tahu..entah bila Allah akan mengambil kembali cinta yg dipinjamkan sementara buat kita itu

lalu hilang lah cinta itu, kembali kepada pencipta-Nya yang abadi


hargai setiap detik dgn tawa gembira..ucapkan rasa kasih yg dirasa


agar tak terasa kesal krn menghabiskan masa bersama dgn gaduh dan air mata..agar tidak terlambat mengucapkn betapa kita mencintai dia yg dihadiahkn Allah utk mencintai kita hny kerana-Nya

krn tiada salahnya kita bergembira..krn menghargai hidup yg diberi-Nya..cuma kdng2 tangisan itu perlu utk menyatakn rasa rendah diri mahupun syukur kita atas nikmat-Nya yg tak pernah henti mendatangi kita



* usahalah walaupun kdng sakit itu tetap terasa


kerana kita dan insan kesyngn kita


pasti akan kembali pd-Nya


mati itu pasti.. hidup itu InsyaAllah


buat semua..aisyah syg kalian (".*)

Tuesday, July 5, 2011

La Tahzan ya Ukhti..

dikongsikan dr.. http://satukalimahahad.blogspot.com/2010/07/la-tahzan-ya-ukhti.html.. sbg renungan dan kebaikan kita bersama..marilah saling menyampaikan kebaikan.. :)


Dengan Nama Allah  Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang 


"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
 Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23) 


..............................................

Ukhti.. kenapa ya dengan ana semenjak dua ni..banyak perkara yang tak kena..yang ana tak alert...

Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..

Ukhti..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.


Sebagai mana materi yang pernah diperolehi tentang tajuk "Haqiiqatul Insan" , manusia itu hakikatnya makhluk yang berada dalam fitrah (naluri beragama), lemah, jahil dan fakir.Nah..ternyata manusia pasti melakukan kesilapan dalam kehidupannya kerana manusia itu lemah..

Pasti kita pernah mendapat kritikan, kutukan, cacian atas kedhaifan kita. Justeru, pasti akan bersedih hati.. Jika kita adalah orang yang sentiasa memberi, mempengaruhi atau mengelokkan serta berusaha membina suasana harmoni, maka akan ada kritikan-kritikan yang bisa membakar telinga..

Pernah seorang akhwat berkata:
Ana ingatkan kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita jugak..Tapi walaupun kita buat baik dengan diorang, diorang still cari kelemahan kita untuk dipertikaikan..

Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah..tapi pada pandangan ana, buat je baik..biar apa orang nak kata kerana kita orang yang ditarbiyah. Kitalah ikon di IPT, di tempat kerja, di kawasan perumahan dan dikhalayak ramai..


Ana tertarik dengan satu kata-kata motivasi ini yang ana terjumpa bila terbaca buku "La Tahzan; Jangan Bersedih" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al- Qarni.
Kuatkanlah jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.

Biarlah jika mereka memilih memasukkan 'cebisan-cebisan daging busuk dan bangkai' ke mulut mereka sendiri tetapi kita teruskan prinsip dan akhlak sebagai seorang Muslim.

2 faktor yang menggolakkan perasaan dan emosi manusia: 

  1. Kegembiraan yang memuncak
  2. Musibah yang dahsyat
Dalam sebuah hadist Rasulullah bersabda, “sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh lagi tercela: keluhan tatkala mendapat nikmat dan umpatan tatkala mendapat musibah."

Alah..dia isi minyak kereta aku 3 ringgit je..dah la guna lama, ingatkan isi RM10 ke...bla..bla..

Tu la..aku dah pesan kat dia supaya tak yah gi..kan dah kena..bla...bla..

Apa reaksi kita kalau kena marah tau kena perli?? Pergh.. pastinya barasap telinga.. Tapi lain pula bagi orang yang khusyuk dalam solat sebab merekalah orang yang mampu berdiri seimbang ketika dilanda ombak kesedihan dan luapan kegembiraan yang meninggi. Cool je.. Kan solat itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar..

Bila ada akhwat kita tegur kita ni tak serius lah..tak banyak bekorban la...tak matang la...kita pun tarik muka, sedih dan sempit dada...tapi kita tak bersyukur kerana ada orang yang caring dan prihatin pada kita..teguran itu sebenarnya tanda dia sayangkan kita..

Akhir kata, jangan bersedih dengan musibah, cubaan, kritikan, cemuhan dan amarah orang lain terhadap kita. Yang penting take it positively. Ada satu kata-kata daripada At-Tanukhi:
"Tenanglah kamu, ramai orang yang sudah mengalami seperti ini sebelum kamu.."

Manusia sebelum kita sudah melalui apa yang kita lalui
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu.. 

Nukilan khas untuk mu ukhti..
USAH BERSEDIH...

Duhai teman
Mengapa perlu kau bersedih?
Usahlah kau gusar
Usahlah kau bebani bahumu yang lembut itu
Dengan urusan dunia yang tak pernah sudah
Dunia sememangnya begitu
Kau bukanlah insan yang perkasa
Yang mampu menanggung segala
Ketahuilah bahawa
Bukti ALLAH itu menyayangimu
Adalah melalui ujianNya

Maka gembiralah
Senandungkanlah hatimu yang parah
Dengan zikir dan sifat mahmudah
Ombak ujian yang datang silih berganti
Tanda dirimu insan pilihan Ilahi
Maka tidak akan dirimu teruji
Melampaui kemampuan dirimu sendiri
Malah akan tersedia di hadapanmu nanti
Segunung pahala tertinggi
Mahligai indah di syurga menanti
Kerana laluan menuju Tuhanmu
Tidak pernah sunyi daripada cubaan
Tidakkan dibiarkan hambanya itu
Hidup lena dan leka dalam nikmat dan anganan
Telah terhidang di hadapan
Keperitan dan ujian menunggu giliran
Lantaran jalannya penuh dengan duri dan halangan
Maka maralah ke hadapan
Semoga diakhirnya nanti kan beroleh kemenangan

Munajatlah pada Yang Satu
Pasti kau temui ketenangan yang hilang
Campaklah jauh kenangan pahitmu itu
Biar ia menjadi sejarah yang tak terulang
Dan berjalanlah di atas kilauan cahaya
Dalam ikhlas tulusnya doa
Mohon terhapus segala hijab dan dosa
Sambil bertasbih mengingati ALLAH
Kerana di situ kau kan temui sakinah
Dari Yang Maha Pemberi hidayah

Dendangkanlah lagu keinsafan
Tuailah rahmatNya bersama roh perjuangan
Majulah dengan segenap kemampuan
Suburkanlah harapan
Kerana ujian adalah prosses kehidupan

Maka lukislah satu lembaran indah
Secerah pawana yang indah merona
Dan coraklah ia dengan detik-detik bahagia
Kerana ujian itu penghapus dosa
Hiduplah dengan mencari redha-Nya
Pabila tiba saat suatu ketika
Pasti kau temui juga Yang Maha Pencipta
Tangisan kesyukuran kerinduan melata
Tiada ungkapan setanding bahasa
Dapat menterjemah apa yang di minda
Di situ kulihat kau tersenyum gembira
Tanda syukur dan tanda redha
Alhamdulillah
Pujian pada Yang Esa
Lahirmu kini mujahidah berjaya



Thursday, May 26, 2011

takkan berpaling dari-Mu

kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya


tanpa sedar nikmatnya alam kerana kuasa-Mu
yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini


terima kasihku pada-Mu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu


oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu


(terima kasihku) Ya Allah
(pada-Mu Tuhanku) anugerah-Mu
(anugerah-Mu) 

Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidup ’tuk melangkah

Friday, May 20, 2011

Tuhan......tunjukkan jalan yg terbaik utk kami lewati

maafkan dia mahupun dia... yang memapar rasa hati yang membenci




maafkan hati yg mula rapuh kerana dilukai



maafkan pabila kita harus memilih antara dua jalan



maafkan


maafkan


tolong maafkan ...





kehilangan utk kesekian kali..tak pernah terbyng walau dlm selayang fikiran


syukur aku krn kamu..menerima diri .. seadanya aku


walau mungkin yg lain tidak begitu


semoga yg terbaik.. sentiasa mengakhiri tiap2 jln yg kita lewati.. jalan yg kita pilih dlm ikhlas demi redha-Nya


moga ada yg mengerti.. akan rasa ikhlas hati yg menyayangi.. menyayangi mereka yg kamu kasihi


sprt mana kamu menyayangi mereka yg aku cintai















.

Tuesday, March 22, 2011

bicara tentang ummul mukminin

 Saidatina Khadijah Khuwailid RA 


wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya





begitu tulusnya pengorbanan Saidatina Khadijah r.a yg selalu setia menjadi pendukung semangat Rasulullah saw dalam menegakkan agama Allah sehinggakn Baginda saw prnh bersabda, "di saat semua org mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua org menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku."

adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini? dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini.. 




yg sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun sudah punya segalanya.. yg tidak prnh berpaling sedikitpun dr suaminya walau betapa sukarnya kehidupan yg perlu dihadapi saban hari.. yg tidak pernah mengeluh hatta meninggikan suara kpd suami yg ditaatinya.. yg sentiasa menjaga amanah dan maruah suaminya.. yg mampu menjadi penghibur serta menenteramkan hati suami tatkala sedang dalam keperitan hny dgn kelembutan kata2 dan sentuhannya







sungguh aku ingin menjadi sprtnya.. anugerah terindah.. isteri sejati yg dimiliki suami.. tp mampukah aku?







insyaALLAH.. sudah pasti kalau itu yang aku mahu !






persiapkan diri.. persiapkan diri! agar nnt tetap menjadi isteri dan bidadari pilihan suami di syurga nan abadi

















Saturday, March 19, 2011

THE CARROT, THE EGG AND THE COFFEE BEAN.


Put three pots of water over the fire.
In the first pot, put some carrots.
In the second pot, put those eggs, 

and in the third pot, put the coffee beans that had been grounded into coffee powder.

The boiling water is like the problems of life.



boil all for 20 minutes..
then take out what you put in.. see the result






the carrots went in hard .. they are now soft


the eggs went in soft inside.. now they are hard inside


the coffee powder has disappeared.. but the water has the colour.. and the wonderful smell of coffee..






We probably can be like carrots.
We go in tough and strong..We come out soft and weak.
We get very tired, lost of hopes, we give up..



there's no more fighting spirit !





We might be like those eggs.
We start with a soft and sensitive heart.
We end up very hard and unfeeling inside.
We hate others, we don't like ourselves.
We become hard-hearted..



there is no warm feeling.. only bitterness!





OR


We can choose to be like the coffee beans.


The water doesn't change the coffee powder..
but the coffee powder changes the water!

See it, smell it, drink it.
The hotter the water, the better its taste.

We make something good from the difficulties that we face.
We learn new things.. We hv new knowledge.. New skills.. New abilities

We grow in experience. We make the world around us better






To succeed.. we must TRY.. AND TRY AGAIN
WE MUST BELIEVE IN WHAT WE ARE DOING
WE MUST NOT GIVE UP
WE MUST BE PATIENT
WE MUST KEEP PUSHING




problems and difficulties give us the chance to become stronger.. better.. and tougher


so..again..




what are we like when things do not go well??


are we like the carrot


the egg




or the coffee bean??


we have to choose.. !!




AND


choose the coffee bean .. be like the coffee bean !












~taken from http://www.slideshare.net/mfr1505/coffee1







































Thursday, January 27, 2011

BAHAYA!

BAHAN-BAHAN BERBAHAYA DALAM PRODUK KECANTIKAN

HYDROQUINON

a) 1-5 gm sudah boleh menyebabkan kematian apabila termakan.

b) Mendatangkan kanser pundi kencing, kerosakan hati dan buah pinggang.

c) Allergi pada kulit.

d) Berdengung dalam telinga.

e) Boleh menyebabkan mutasi pada sel - kemungkinan besar merbahaya pada janin.

f) Mata boleh menjadi kabur.


TAWAS (ALUM)

a) Boleh menyebabkan jerawat / akne (kehitaman) pada kulit muka atau ketiak.

b) Boleh menyebabkan radang gusi, dan pendarahan dalam perut ("Food and Drug Administration" - 1992 dalam laporannya mengatakan bahan ini tidak selamat.

c) Apabila termakan 1 ounce boleh menyebabkan kematian.

d) Boleh merosakkan buah pinggang.


ALPHA HYDROXY ACID (AHA)
(Glycolic Acid, Citric Acid, Malic Acid, Fruit Acid (Ekstrak Buah), Orange Acid, Sugar Cane (Ekstrak Tebu)

a) AHA boleh menyebabkan kerosakan kulit apabila kulit terdedah kepada matahari dan panas dan dalam jangkamasa lama, menjadi kanser kulit. Kulit terasa pedih ketika kena matahari.

b) Jika menggunakan produk yang mengandungi bahan ini, anda dinasihati berhenti penggunaan jika kulit terasa pedih, merah dan radang. Sesuatu bahan kosmetik tidak sepatutnya membuatkan kulit jadi menggelupas, perit, pedih dan radang.

c) Membuang kulit luar melalui pengelupasan menyebabkan kulit yang tinggal didedahkan kepada kuman, kekotoran dan pencemaran dari alam persekitaran yang merosakkan kulit. Penggunaan AHA boleh menyebabkan seseorang pengguna mengalami penuaan kulit lebih cepat. Anda mungkin kelihatan muda sekarang tetapi tidak lama. Kulit luar merupakan pelindung utama.


SODIUM LAURYL SULFATE
(Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan buih dalam produk kecantikan, seperti pencuci muka, sabun, syampoo dan sebagainya. Adakalanya juga diselindungi dengan nama 'bahan dari kelapa')

a) Bahan ini menjadi bahan nitrate yang boleh meyerap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh menyebabkan kanser.

b) Boleh menyebabkan radang kulit, pedih mata dan sebagainya.

c) Bahan ini juga terdapat dalam pencuci lantai, pencuci kereta dan pembersih enjin.


MERCURI

a) Menyebabkan kehitaman di bawah dagu atau dahi.

b) Timbul ruam-ruam atau bintik-bintik seperti biji nasi.

c) Merupakan bahan beracun.


RETINOL @ RETINA

a) Racun yang di haramkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

b) Banyak digunakan untuk produk kecantikan untuk melambatkan proses penuaan.

c) Bintik-bintik dan menggelupas.


Bahan Rujukan
American Medical Accosiation, Committee on Cutaneous Health & Cosmetic 1971.
Cosmetic Ingredient Review.
Dictionary of Cosmetic Ingredients.
Cutaneous Reaction to Cosmetic - American Medical Association
.




copied from somewhere





Tuesday, January 4, 2011

cuba ajar diri utk jd lebih dewasa..lebih bersyukur.. :)







..sy bersyukur dgn apa yg ada pd sy..sy gembira menjalani kehidupan ini seadanya..kalau pun ramai yg tidak suka..itu hak mereka utk tidak suka..dan sy lebih suka utk buat tidak tahu krn mereka tidak mendtgkn apa2 hasil pd sy..paling tidak pun..mereka cuma mahu melihat kejatuhan yg lainnya..








..igt yer..jgn slalu berdengki dgn bahagia org lain..krn kamu hny buatkn diri kamu sndr berada dlm kancah derita..dan jgn buat org len derita utk kepuasan kamu..krn Allah itu ada menyaksikan segala lakonan kita semua..dunia ini sprt roda..kamu takkan dpt lari dr menerima balasannya..nikmati kehidupan kamu..dan biarkn org lain dgn kehidupan mrk sndr..tak usah kamu mengganggu ketenangan org lain krn diri kamu sndr yg sdng terganggu..itu hny akan memperlihatkan kelemahan dan kebodohan kamu..percayalah..kamu yg akan merasa lebih derita.. :)