Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2016

Kek Biskut Tiger Lapis Sos Kastard Versi Aisyah


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Hehe. Kelakar pulak tengok nama resepi harini. Sebab tuan empunya resepi takde letak nama, jadi saya bedal je.
Resepi ni mmg sgt mudan dan sedap sangat lebih lagi jika dimakan dingin. Seperti biasa, resepinya saya ubah suai mengikut kesesuaian rasa di tokak husband & saya. Saya kurangkan kemanisan dalam hidangan ni, sebab kami suka rasa manis2 buah je 😁

Ni kejadiaan selepas proses bedah siasat. Yummyyy sgt. Suami saya bg lulus with flying colours 😜


Bahan-bahan

1) 1 tin susu cair Ideal (empunya resepi guna 1cawan Susu "Full cream")
2) Suku cawan susu pekat manis (empunya resepi guna setengah tin)
3) 1 cawan air panas
4) 1sudu teh esen vanila
5) 1 sudu teh serbuk koko (empunya resepi tak guna)
6) Secubit garam
7) Stevia 2 titis (empunya resepi tak guna)
8) 4 sudu besar tepung kastard
9) Sebungkus biskut Tiger coklat

Bahan hiasan
1) Vico (empunya resepi guna milo)
2) Nestum / Coklat cip / Coklat rice (empunya resepi guna coklat cip dan coklat rice)

Cara-cara
a) Satukan bahan 1-8. Kacaukan atas api perlahan. Jangan jangan jangan sesekali berhenti kacau sehingga ia menjadi likat, bagi mengelakkan sos kastard bergentel.
Tutupkan api.
b) Saya menggunakan bekas bertutup. Mula-mula, susunkan biskut tiger coklat sebagai lapisan pertama sehingga menutupi dasar.
c) Setelah itu, lapiskan pula dengan sos kastard.
d) Diikuti vico, nestum, coklat rice dan coklat cip. Saya tak letak coklat cip sebab dah "expired", πŸ˜‚
e) Ulang langkah b-d sehingga penuh bekas. Tutupkan. Kemudian bolehlah disejukkan di dalam peti ais. Makan waktu hari panas memang sedap, sejuk je rasa tokak 😍
Selamat mencuba.

Resepi from : Sally Mally & Nur Fazielah.


Ummi Aisyah

Wednesday, October 19, 2016

Resepi Cempedak Goreng Mudah Dan Rangup Krup Krap Krup Krap πŸ˜‹

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua. Harini saya nak kongsikan resepi yang semestinya sonang untuk dibuek bersama dengan minimal ingredients. Campak sana, campak sini, pup pap, siappp! 😁
Resepi nak buat tepung salut ni resepi mak, tapi mcm biasalah saya ni memang suka adjust ikut kesesuaian tokak sendiri dan tokak husband, hehehe.

So jom cikedout resepi saya yang tersangatlah mudah niiii.
Pesanan penaja, seperti biasa, nak masak ni, daripada awal menyiapkan, membasuh bahan2 hinggalah memasak, sentiasa mulakan dengan bismillah dan selawat. Sentiasa juga lafazkan zikir Ya Latif, moga2 berkat masakan kita untuk suami dan anak2. Dan anak2 kita akan menjadi anak yang soleh yang lembut hatinya untuk mentaati semua suruhan Allah dan juga kita sebagai ibu & bapa, Aamiin.


Jadi inilah dia ghoper cempedak goreng rangup krup krap krup krap saya, mihmihmih. Ini dia resepinya.


Cempedak Goreng Rangup Versi Aisyah

Bahan-bahan

a) Tepung beras (mengikut kuantiti cempedak) - 4senduk kecil.
b) Secubit kecil serbuk kunyit.
c) Satu cawan air panas dicampur secubit garam.
d) Cempedak 1biji saiz sederhana kecil

Cara2
Dengan lafaz Bismillah dan selawat,
1) Perisikan cempedak.
2) Satukan semua bahan a, b & c. Gaul sebati. Rehatkan seketika.
3) Setelah seketika, masukkan buah cempedak ke dalam adunan. Gaulkan hingga keseluruhan buah cempedak tersalut elok.
4) Goreng dalam minyak panas hingga tenggelam. Balik-balikkan agar semua bahagian masak seiring sekata.
5) Setelah bertukar warna coklat keemasan, angkat dan toskan minyak. Cempedak goreng rangup sedia dihidang.

Saya tidak menggunakan sebarang soda bikarbonat, ataupun air kapur (ni resepi mak, mak kata mak guna untuk rangupkan kulit), sebab dah habis 😁 Jadi saya gunakan sahaja air panas seperti saya selalu lakukan bila nak buat cekodok, InshaaALLAH kulit cempedak goreng akan terasa rangup bila digigit.
Selamat mencuba.


Ummi Aisyah

Friday, October 14, 2016

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Mudah Dan Sedap

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ini diberikan ruang oleh Allah untuk menyiapkan 1 hidangan kesukaan suami, iaitu sambal tumis udang, dan ditambah pula dengan 1 makanan kesukaan isteri, iaitu petai 😍.

Mujur suami bukan jenis cerewet. Tak kisah sekiranya dicampur sekali petai ke dalam sambal. Katanya tak perlu renyah nak memasak menggunakan 2-3 kuali. Terima kasih suami tercinta 😘.

Ini rupa sambal tumis udang petai saya,
Alhamdulillah, suapan pertama terus suami tunjukkan "double thumbs up", haha, pandai ambil hati isteri. Katanya sedap betul, kena dengan selera beliau.

Jadi di sini, saya kongsikan resepi untuk menghasilkan sambal tumis udang petai yang sedap dan menarik warnanya. Oh, saya gorengkan dahulu udang dan petai separuh masak agar sambal tidak hanyir dan rasa yang lebih enak. 😊
Sambil masak sambil berselawat, barulah masak with Imaan gitu hehe.

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Versi Aisyah

Bahan2.
Udang saiz sederhana (10-12ekor)
Petai (anggaran 20 biji dibelah 2)
Cili kering dikisar (8 sudu besar)
Bawang ros (8 ulas)
Bawang putih (3 ulas)
Bawang holland (1 biji dihiris bulat)
Air perahan asam jawa (secukup rasa)
Gula merah (secukup rasa)
Garam (secukup rasa).

Cara2.
a) Bersihkan udang, saya tidak buang kulit dan kepala udang untuk rasa sambal yang lebih manis, hanya guntingkan hujung janggut, ekor tajam belakang dan bahagian tajam kepala udang, guntingkan atas udang dan buang kotoran (urat hitam) dgn menggunakan lidi. Kupas petai, belah dua dan bersihkan. Jangan lupa selawat sewaktu membersihkan semua bahan masakan ya 😊
b) Tumbukkan bawang ros & bawang putih sehingga lumat.
c) Panaskan minyak dengan kuantiti yang agak banyak, kemudian dengan lafaz bismillah 😁 masukkan udang, gorengkan sebentar sahaja sehingga bertukar warna dan terus diangkat. Ketepikan.
d) Masukkan pula petai, dibalik-balikkan sebentar sehingga separuh masak, terus diangkat. Ketepikan.
e) Setelah itu, tumiskan bahan2 tumbuk sehingga terbit bau
f) Masukkan cili kering yang telah dikisar, dan juga gula merah (gula merah dimasukkan awal agar warna sambal menjadi lebih cantik), tumiskan cili sehingga pecah minyak.
e) Masukkan air panas sedikit, dan tunggu lagi sehingga sambal garing.
f) Masukkan air perahan asam jawa dan juga bawang holland yang dihiris bulat.
g) Akhir sekali, masukkan petai, udang dan garam (masukkan garam agak2 menggunakan tangan sambil selawat, barulah nama air tangan isteri, buat suami sentiasa teringat-ingat πŸ˜‰). Gaulkan sebati dan tutupkan api. Udang tidak boleh dimasak lama kerana daging udang akan menjadi keras & liat.
Sambal tumis udang petai sedia dimakan. Selamat mencuba.

Dalam semua masakan saya, saya tidak menambah apa2 perasa tambahan seperti pak aji, secukup rasa, kiub2 dan seumpamanya. Kerana bahan-bahan tersebut mengandungi kandungan MSG yang tinggi dan tidak elok untuk kesihatan. 
Di rumah, kita cuba amalkan memasak makanan yang sihat, okay? InshaaALLAH, kita usahakan yang terbaik untuk keluarga tercinta πŸ˜‰

Itu sahaja untuk hari ini.
Ummi Aisyah

Monday, October 10, 2016

Resepi Rendang Ayam Mamak Penambat Hati Suami 😍

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Harini masakkan rendang ayam mamak utk suami tersayang. Sengaja masakkan resepi kesukaan suami, sebab nak raikan dia close 1million policy semalam. (Special thanks to our dear friends lala & abey for your trust).

Bila ada anak kecil ni, mmg kena jadi seorang yg "multitasking". Sambil masak sambil kalut suap dia makan, goreng itu, tumis ini, last2 ummi ambil gendong yg abi belikan daripada kedai momster, terus gendong si kecil, dia dpt nyusu sambil ummi teruskan agenda memasak utk abi dgn aman, hehehe.

So, inilah rupa rendang ayam mamak tu



Sini saya kongsikan resepi. Oh ya, pandai-pandailah "adjust" mengikut kuantiti ayam yang nak digunakan ya.


Resepi rendang ayam mamak versi Aisyah.

Bahan-bahan.
a) 3-4 potong dada ayam, dihiris kecil, ataupun mana2 bahagian ayam yg disukai.
b) Bawang merah 3-4 biji dihiris nipis.
c) Daun kari 3-4 tangkai.
d) Cili kering kisar 5 sudu besar.
e) 2 sudu besar kicap manis (jika rasa inginkan warna kuah lebih gelap, lebihkan sedikit kicap manis, tetapi jangan terlalu banyak nanti tak sedap ya).
f) 2 sudu besar air asam jawa/secukup rasa.
g) Garam secukup rasa.
h) Gula secukup rasa (Saya guna stevia/gula merah).
i) Sedikit air panas utk kuah.

Cara-cara.
a) Goreng dada ayam (yg telah diperap bersama kunyit&garam) jangan terlalu garing, biar setengah masak (juicy2 gitu), angkat dan toskan minyak.
-Dalam kuali yg sama,
b) Tumiskan bawang merah & daun kari sampai terbit bau.
c) Masukkan cili kering kisar dan tambah stevia/gula merah sekali (masukkan gula merah/stevia awal supaya warna kuah akan jadi lebih cantik), tumis hingga pecah minyak.
d) Kemudian masukkan kicap manis, air asam jawa,garam (masukkan garam menggunakan tangan, agak2 secukup rasa). Gaul hingga sebati, tambahkan air, kacau seketika dan biarkan hingga pecah minyak sekali lagi.
e) Rendang ayam mamak sedia dihidang.

InshaaALLAH resepi ni dijamin dapat menambat hati suami. Haha.
Juga senang disediakan oleh anak dara/anak bujang. Sambil memasak sambil selawat ditambah pula dengan senyuman manis. Barulah terasa kasih sayang dalam setiap masakan kita. #masakwithHatimasakwithImaanmasakwithLove gituuu 😁. Selamat mencuba kesayangan semua. Dah cuba jgn lupa kongsi gambar okay πŸ˜‰

Sekian sahaja,

Ummi Aisyah

Sunday, October 9, 2016

Ambil Takaful sewaktu masih sihat. Prudential BSN Takaful

Takaful ni sangat penting terutama dalam keadaan zaman sekarang. Ambillah Takaful sewaktu kita masih sihat. Bila dh mula ada sakit2, hemmm memang agak sukar prosesnya Tapi sebagai ejen Takaful yg terlatih utk memberi servis terbaik, InshaaALLAH mereka akan cuba sedaya upaya membantu. Siapa mereka? Ejen2 Prudential Takaful di Sixma Group.  Dan suami sy salah seorang ejen yg bertanggungjawab dan boleh dipercayai, InshaaALLAH. Bukan nak "up" suami ya. Sy bagi pandangan berdasarkan kerja yg dilaksanakannya terutama ketika "client2" suami perlu dimasukkan ke dalam wad dan ingin melakukan "claim". Suami membantu dgn sebaik-baiknya dr awal hingga akhir. "Client-client" suami juga sgt berpuas hati dgn servis yg diberikan. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan Takaful, Boleh berhubung dgn suami ditalian berikut, 019-4750098, Ekhsan. Anda PASTI berpuas hati. #EjenPrudentialTakafulMesraDanAmanah #JomJoinSixma πŸ˜‰☺ ❤ Ummi Aisyah.

Saturday, October 8, 2016

PHD

Assalamu'alaikum, hai semua. Harini nk ckp tentang penyakit hati yg diberi nama 'penyakit hasad dengki' atau singkatannya PHD. PHD ni mmg sgt bahaya. Dan kadangkala sampai boleh memutuskan tali silaturrahim. Jauhilah dr PHD ni. Sebab ia hanya menjadi punca pada ketidak-tenangan hati (apa ayat la ni haha). Ia adalah cetusan rasa dr syaitan laknatullah. Penyakit yg dibenci Allah. Hati kita takkan pernah tenteram, kerana kita sentiasa berfikir cara utk menjadi lebih dr org yg kita dengki. Sedangkan kita boleh saja saling berbaik, dan kehidupan kita akan terasa lebih bahagia apabila tidak saling berlawan antara satu sama lain. Janganlah dibanding2 kasih syg manusia, kerana sayang manusia sering bermusim. Apa yg perlu kita utamakan adalah cinta Allah. Pandangan Allah pd kita. Andai kata ada penyakit hati dlm jiwa kita, bagaimana kasih Allah mahu sampai pada kita? Jadi marilah bersama2 kita sucikan hati, betulkan niat kita dlm setiap perkara, biar hny kerana Allah semata2. Jumpa org yg pernah kita sakiti kerana dengkinya kita pada dia, mohon ampun dan maaf, terangkan sejujur2nya kenapa kita begitu. Ingat, habiskan di situ! Dan mulakan satu hubungan baru, yg terjalin tanpa rasa2 yg negatif. Hny rasa ingin berkasih syg kerana Allah shj. Pasti hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Cubalah. Pasti akan terasa kebaikannya. Salam penuh kasih syg, ❤ Ummi Aisyah.