Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 6, 2016

Kenapa kena ambil Takaful Waktu Sihat?


Sering terjadi seperti ini.
Bila sakit telah menyinggah, baru terniat mahu mengambil Takaful & bila permohonan tak lulus.. dimarah2 pula ejen2 dan company Takaful/Insurans.

Kenapa anda TIDAK LAYAK mengambil Takaful apabila telah sakit?

Meh teman nk kabo kan..

Peserta (iaitu pemegang polisi yang SIHAT Alhamdulillah, sewaktu mengambil Takaful) bersama-sama menyumbang dalam 1 tabung yang dipanggil Tabung Tabarru'.

Duit terkumpul dalam Tabung Tabarru' akan diguna pakai untuk bayar pampasan, bil hospital dan claims lain apabila peserta-peserta ditimpa musibah.

Tak adil kan..bila orang yang telah DISAHKAN SAKIT, yang baru  sahaja menyumbang tiba-tiba terus nak ambil duit dalam tabung tu untuk kegunaan sendiri?
Padahal baru sumbang SEBULAN, terus dia nak guna. Boleh dikira mengambil hak orang lain, sedangkan ramai yang menyumbang tu pun belum pernah claim.

Ni teman kasi CONTOH bagi lagi senang faham =

Kita 10 orang (pemegang polisi yang masih sihat) bersama-sama menyimpan duit dalam satu tabung untuk kegunaan kecemasan. Dah lama dah, ada dalam 10 TAHUN.
Tiba-tiba datang ler orang ke 11 yg memang ada sakit, baru menyimpan sekali sahaja, terus ambil duit dalam tu nak guna. Eh memang idok adil ler untuk peserta-peserta yang lain..tak gitu?

Jadi kalo kata teringin nk ngambil Takaful untuk isteri, suami, anak-anak, adik, kakak, abang, ayah, mak, sepupu, kawan, pakcik, makcik 😉, ambil sewaktu anda dan mereka masih sihat.
Tak moh teragak-agak, tak moh bertunda-tunda, tak moh was-was (Awas, was-was adalah bahaya, penyakit yang di timbulkan si Syaiton Nirrojim 👿) sehingga sampai masa, "Na'uzubillahiminzalik", kome dan deme sudah Tidak Layak 😢

Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, boleh contact suami teman yang kacak bergaya ni haa @ekhsanhassan bila-bila masa, di mana jua,  InshaaALLAH, beliau sedia membantu.(ALERT! CONTACT berkenaan TAKAFUL sahaja. Kalau kome call sesaja nak menggatei, teman seligi nanti he.he he 😒).
019-4750098
Ig @ekhsanhassan
Fb Ekhsan Hassan

💖,
Isteri kepada Perunding/Ejen Prudential Takaful

#PrudentialAgentYouCanTrust
#SixmaGroup
#EjenBertanggungjawabDanAmanah
#PerundingPrudentialTakafulItuSuamiSaya
#SuriHatiEncikPerundingTakaful😜

Friday, October 21, 2016

Kek Biskut Tiger Lapis Sos Kastard Versi Aisyah


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Hehe. Kelakar pulak tengok nama resepi harini. Sebab tuan empunya resepi takde letak nama, jadi saya bedal je.
Resepi ni mmg sgt mudan dan sedap sangat lebih lagi jika dimakan dingin. Seperti biasa, resepinya saya ubah suai mengikut kesesuaian rasa di tokak husband & saya. Saya kurangkan kemanisan dalam hidangan ni, sebab kami suka rasa manis2 buah je 😁

Ni kejadiaan selepas proses bedah siasat. Yummyyy sgt. Suami saya bg lulus with flying colours 😜


Bahan-bahan

1) 1 tin susu cair Ideal (empunya resepi guna 1cawan Susu "Full cream")
2) Suku cawan susu pekat manis (empunya resepi guna setengah tin)
3) 1 cawan air panas
4) 1sudu teh esen vanila
5) 1 sudu teh serbuk koko (empunya resepi tak guna)
6) Secubit garam
7) Stevia 2 titis (empunya resepi tak guna)
8) 4 sudu besar tepung kastard
9) Sebungkus biskut Tiger coklat

Bahan hiasan
1) Vico (empunya resepi guna milo)
2) Nestum / Coklat cip / Coklat rice (empunya resepi guna coklat cip dan coklat rice)

Cara-cara
a) Satukan bahan 1-8. Kacaukan atas api perlahan. Jangan jangan jangan sesekali berhenti kacau sehingga ia menjadi likat, bagi mengelakkan sos kastard bergentel.
Tutupkan api.
b) Saya menggunakan bekas bertutup. Mula-mula, susunkan biskut tiger coklat sebagai lapisan pertama sehingga menutupi dasar.
c) Setelah itu, lapiskan pula dengan sos kastard.
d) Diikuti vico, nestum, coklat rice dan coklat cip. Saya tak letak coklat cip sebab dah "expired", 😂
e) Ulang langkah b-d sehingga penuh bekas. Tutupkan. Kemudian bolehlah disejukkan di dalam peti ais. Makan waktu hari panas memang sedap, sejuk je rasa tokak 😍
Selamat mencuba.

Resepi from : Sally Mally & Nur Fazielah.


Ummi Aisyah

Wednesday, October 19, 2016

Resepi Cempedak Goreng Mudah Dan Rangup Krup Krap Krup Krap 😋

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua. Harini saya nak kongsikan resepi yang semestinya sonang untuk dibuek bersama dengan minimal ingredients. Campak sana, campak sini, pup pap, siappp! 😁
Resepi nak buat tepung salut ni resepi mak, tapi mcm biasalah saya ni memang suka adjust ikut kesesuaian tokak sendiri dan tokak husband, hehehe.

So jom cikedout resepi saya yang tersangatlah mudah niiii.
Pesanan penaja, seperti biasa, nak masak ni, daripada awal menyiapkan, membasuh bahan2 hinggalah memasak, sentiasa mulakan dengan bismillah dan selawat. Sentiasa juga lafazkan zikir Ya Latif, moga2 berkat masakan kita untuk suami dan anak2. Dan anak2 kita akan menjadi anak yang soleh yang lembut hatinya untuk mentaati semua suruhan Allah dan juga kita sebagai ibu & bapa, Aamiin.


Jadi inilah dia ghoper cempedak goreng rangup krup krap krup krap saya, mihmihmih. Ini dia resepinya.


Cempedak Goreng Rangup Versi Aisyah

Bahan-bahan

a) Tepung beras (mengikut kuantiti cempedak) - 4senduk kecil.
b) Secubit kecil serbuk kunyit.
c) Satu cawan air panas dicampur secubit garam.
d) Cempedak 1biji saiz sederhana kecil

Cara2
Dengan lafaz Bismillah dan selawat,
1) Perisikan cempedak.
2) Satukan semua bahan a, b & c. Gaul sebati. Rehatkan seketika.
3) Setelah seketika, masukkan buah cempedak ke dalam adunan. Gaulkan hingga keseluruhan buah cempedak tersalut elok.
4) Goreng dalam minyak panas hingga tenggelam. Balik-balikkan agar semua bahagian masak seiring sekata.
5) Setelah bertukar warna coklat keemasan, angkat dan toskan minyak. Cempedak goreng rangup sedia dihidang.

Saya tidak menggunakan sebarang soda bikarbonat, ataupun air kapur (ni resepi mak, mak kata mak guna untuk rangupkan kulit), sebab dah habis 😁 Jadi saya gunakan sahaja air panas seperti saya selalu lakukan bila nak buat cekodok, InshaaALLAH kulit cempedak goreng akan terasa rangup bila digigit.
Selamat mencuba.


Ummi Aisyah