Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 19, 2016

Resepi Cempedak Goreng Mudah Dan Rangup Krup Krap Krup Krap 😋

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua. Harini saya nak kongsikan resepi yang semestinya sonang untuk dibuek bersama dengan minimal ingredients. Campak sana, campak sini, pup pap, siappp! 😁
Resepi nak buat tepung salut ni resepi mak, tapi mcm biasalah saya ni memang suka adjust ikut kesesuaian tokak sendiri dan tokak husband, hehehe.

So jom cikedout resepi saya yang tersangatlah mudah niiii.
Pesanan penaja, seperti biasa, nak masak ni, daripada awal menyiapkan, membasuh bahan2 hinggalah memasak, sentiasa mulakan dengan bismillah dan selawat. Sentiasa juga lafazkan zikir Ya Latif, moga2 berkat masakan kita untuk suami dan anak2. Dan anak2 kita akan menjadi anak yang soleh yang lembut hatinya untuk mentaati semua suruhan Allah dan juga kita sebagai ibu & bapa, Aamiin.


Jadi inilah dia ghoper cempedak goreng rangup krup krap krup krap saya, mihmihmih. Ini dia resepinya.


Cempedak Goreng Rangup Versi Aisyah

Bahan-bahan

a) Tepung beras (mengikut kuantiti cempedak) - 4senduk kecil.
b) Secubit kecil serbuk kunyit.
c) Satu cawan air panas dicampur secubit garam.
d) Cempedak 1biji saiz sederhana kecil

Cara2
Dengan lafaz Bismillah dan selawat,
1) Perisikan cempedak.
2) Satukan semua bahan a, b & c. Gaul sebati. Rehatkan seketika.
3) Setelah seketika, masukkan buah cempedak ke dalam adunan. Gaulkan hingga keseluruhan buah cempedak tersalut elok.
4) Goreng dalam minyak panas hingga tenggelam. Balik-balikkan agar semua bahagian masak seiring sekata.
5) Setelah bertukar warna coklat keemasan, angkat dan toskan minyak. Cempedak goreng rangup sedia dihidang.

Saya tidak menggunakan sebarang soda bikarbonat, ataupun air kapur (ni resepi mak, mak kata mak guna untuk rangupkan kulit), sebab dah habis 😁 Jadi saya gunakan sahaja air panas seperti saya selalu lakukan bila nak buat cekodok, InshaaALLAH kulit cempedak goreng akan terasa rangup bila digigit.
Selamat mencuba.


Ummi Aisyah