Monday, October 10, 2016

Resepi Rendang Ayam Mamak Penambat Hati Suami ๐Ÿ˜

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Harini masakkan rendang ayam mamak utk suami tersayang. Sengaja masakkan resepi kesukaan suami, sebab nak raikan dia close 1million policy semalam. (Special thanks to our dear friends lala & abey for your trust).

Bila ada anak kecil ni, mmg kena jadi seorang yg "multitasking". Sambil masak sambil kalut suap dia makan, goreng itu, tumis ini, last2 ummi ambil gendong yg abi belikan daripada kedai momster, terus gendong si kecil, dia dpt nyusu sambil ummi teruskan agenda memasak utk abi dgn aman, hehehe.

So, inilah rupa rendang ayam mamak tu



Sini saya kongsikan resepi. Oh ya, pandai-pandailah "adjust" mengikut kuantiti ayam yang nak digunakan ya.


Resepi rendang ayam mamak versi Aisyah.

Bahan-bahan.
a) 3-4 potong dada ayam, dihiris kecil, ataupun mana2 bahagian ayam yg disukai.
b) Bawang merah 3-4 biji dihiris nipis.
c) Daun kari 3-4 tangkai.
d) Cili kering kisar 5 sudu besar.
e) 2 sudu besar kicap manis (jika rasa inginkan warna kuah lebih gelap, lebihkan sedikit kicap manis, tetapi jangan terlalu banyak nanti tak sedap ya).
f) 2 sudu besar air asam jawa/secukup rasa.
g) Garam secukup rasa.
h) Gula secukup rasa (Saya guna stevia/gula merah).
i) Sedikit air panas utk kuah.

Cara-cara.
a) Goreng dada ayam (yg telah diperap bersama kunyit&garam) jangan terlalu garing, biar setengah masak (juicy2 gitu), angkat dan toskan minyak.
-Dalam kuali yg sama,
b) Tumiskan bawang merah & daun kari sampai terbit bau.
c) Masukkan cili kering kisar dan tambah stevia/gula merah sekali (masukkan gula merah/stevia awal supaya warna kuah akan jadi lebih cantik), tumis hingga pecah minyak.
d) Kemudian masukkan kicap manis, air asam jawa,garam (masukkan garam menggunakan tangan, agak2 secukup rasa). Gaul hingga sebati, tambahkan air, kacau seketika dan biarkan hingga pecah minyak sekali lagi.
e) Rendang ayam mamak sedia dihidang.

InshaaALLAH resepi ni dijamin dapat menambat hati suami. Haha.
Juga senang disediakan oleh anak dara/anak bujang. Sambil memasak sambil selawat ditambah pula dengan senyuman manis. Barulah terasa kasih sayang dalam setiap masakan kita. #masakwithHatimasakwithImaanmasakwithLove gituuu ๐Ÿ˜. Selamat mencuba kesayangan semua. Dah cuba jgn lupa kongsi gambar okay ๐Ÿ˜‰

Sekian sahaja,

Ummi Aisyah

No comments:

Post a Comment