Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 9, 2016

Ambil Takaful sewaktu masih sihat. Prudential BSN Takaful

Takaful ni sangat penting terutama dalam keadaan zaman sekarang. Ambillah Takaful sewaktu kita masih sihat. Bila dh mula ada sakit2, hemmm memang agak sukar prosesnya Tapi sebagai ejen Takaful yg terlatih utk memberi servis terbaik, InshaaALLAH mereka akan cuba sedaya upaya membantu. Siapa mereka? Ejen2 Prudential Takaful di Sixma Group.  Dan suami sy salah seorang ejen yg bertanggungjawab dan boleh dipercayai, InshaaALLAH. Bukan nak "up" suami ya. Sy bagi pandangan berdasarkan kerja yg dilaksanakannya terutama ketika "client2" suami perlu dimasukkan ke dalam wad dan ingin melakukan "claim". Suami membantu dgn sebaik-baiknya dr awal hingga akhir. "Client-client" suami juga sgt berpuas hati dgn servis yg diberikan. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan Takaful, Boleh berhubung dgn suami ditalian berikut, 019-4750098, Ekhsan. Anda PASTI berpuas hati. #EjenPrudentialTakafulMesraDanAmanah #JomJoinSixma 😉☺ ❤ Ummi Aisyah.

Saturday, October 8, 2016

PHD

Assalamu'alaikum, hai semua. Harini nk ckp tentang penyakit hati yg diberi nama 'penyakit hasad dengki' atau singkatannya PHD. PHD ni mmg sgt bahaya. Dan kadangkala sampai boleh memutuskan tali silaturrahim. Jauhilah dr PHD ni. Sebab ia hanya menjadi punca pada ketidak-tenangan hati (apa ayat la ni haha). Ia adalah cetusan rasa dr syaitan laknatullah. Penyakit yg dibenci Allah. Hati kita takkan pernah tenteram, kerana kita sentiasa berfikir cara utk menjadi lebih dr org yg kita dengki. Sedangkan kita boleh saja saling berbaik, dan kehidupan kita akan terasa lebih bahagia apabila tidak saling berlawan antara satu sama lain. Janganlah dibanding2 kasih syg manusia, kerana sayang manusia sering bermusim. Apa yg perlu kita utamakan adalah cinta Allah. Pandangan Allah pd kita. Andai kata ada penyakit hati dlm jiwa kita, bagaimana kasih Allah mahu sampai pada kita? Jadi marilah bersama2 kita sucikan hati, betulkan niat kita dlm setiap perkara, biar hny kerana Allah semata2. Jumpa org yg pernah kita sakiti kerana dengkinya kita pada dia, mohon ampun dan maaf, terangkan sejujur2nya kenapa kita begitu. Ingat, habiskan di situ! Dan mulakan satu hubungan baru, yg terjalin tanpa rasa2 yg negatif. Hny rasa ingin berkasih syg kerana Allah shj. Pasti hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Cubalah. Pasti akan terasa kebaikannya. Salam penuh kasih syg, ❤ Ummi Aisyah.

Tuesday, September 20, 2016

Penyusuan Susu Ibu. "Breastfeeding".

Assalamu'alaikum. Lamanya tak tengok blog. last update bulan puasa & sekarang dah nak hujung thn pun. Anak pun nak masuk 1 tahun 1 bulan umurnya. Alhamdulillah sy masih lagi "breastfeed" kan anak. Percayalah, banyak pahit manis yg telah sy telan spnjng tempoh tersebut, terutamanya di awal2 kelahiran. Apa yg penting untuk perjalanan penyusuan susu ibu ni, ibu tu sendiri perlukan "mindset" yg sentiasa positif. Jangan kisahkan kata2 org sekeliling yg menyuruh kita "topup" anak dgn fm. Dalam erti kata lain ibu dan ayah, kedua-duanya perlu kuat dan tegas utk menyusukan anak dgn susu ibu sahaja. Juga pentingnya menjaga konsep "demand&supply". Setakat ni, sy tak mengambil apa2 "milkbooster". Cuma jaga makan, minum secukupnya sebelum,semasa, dan selepas proses penyusuan, makan kurma. Saya juga minum susu (HL) atau susu kambing wildan yang diblend bersama kurma. Andaikata tiada masa, suami akan belikan susu kurma brand FarmFresh. Sedap sgt rasa seakan-akan air cendol 😍. Just drink & eat real food okay. InshaaALLAH, bila kita jaga semua tu, tanpa apa2 booster pun kita boleh susukan anak sepenuhnya. Percaya pada diri, percaya pada Allah. Jangan asyik fikir susu tak cukup, anak tak kenyang. Ingat, tak banyak tak mengapa, apa yg penting cukup utk anak! Jangan sesekali ibu2 bandingkan hasil yg ibu2 dapat dgn ibu yang lain. Kerana keperluan setiap anak berlainan. Susu yg Allah ciptakan sesuai dgn keperluan setiap anak. Di situlah letaknya keistimewaan susu ibu, SubhanALLAH. Please ya. Istiqomah utk mengikut sunnah Rasulullah ini. Moga kita semua diberi kekuatan juga semangat yg kuat utk menyempurnakan penyusuan susu ibu, dan tidak mencipta bermacam alasan, Aamiin Ya Robbal'alamiin. Oh buat ibu2 yg mahu menambah ilmu penyusuan, mahupun ingin membeli barang2 penyusuan, boleh pergi ke Facebook Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman. Banyak sgt ilmu bermanfaat yg dikongsi beliau, barang2 yg beliau jual juga boleh dimiliki dgn harga yg sgt berpatutan, InshaaALLAH. ❤, Ummi Aisyah