alhamdulillah..akhirnya hampir di penghujung hari ni aisyah temui sebuah blog yg menyedarkan aisyah
utk menghargai setiap detik yg ada bersama insan tercinta
kerana kita tidak tahu..entah bila Allah akan mengambil kembali cinta yg dipinjamkan sementara buat kita itu
lalu hilang lah cinta itu, kembali kepada pencipta-Nya yang abadi
hargai setiap detik dgn tawa gembira..ucapkan rasa kasih yg dirasa
agar tak terasa kesal krn menghabiskan masa bersama dgn gaduh dan air mata..agar tidak terlambat mengucapkn betapa kita mencintai dia yg dihadiahkn Allah utk mencintai kita hny kerana-Nya
krn tiada salahnya kita bergembira..krn menghargai hidup yg diberi-Nya..cuma kdng2 tangisan itu perlu utk menyatakn rasa rendah diri mahupun syukur kita atas nikmat-Nya yg tak pernah henti mendatangi kita
* usahalah walaupun kdng sakit itu tetap terasa
kerana kita dan insan kesyngn kita
pasti akan kembali pd-Nya
mati itu pasti.. hidup itu InsyaAllah
buat semua..aisyah syg kalian (".*)
Monday, November 14, 2011
Tuesday, July 5, 2011
La Tahzan ya Ukhti..
dikongsikan dr.. http://satukalimahahad.blogspot.com/2010/07/la-tahzan-ya-ukhti.html.. sbg renungan dan kebaikan kita bersama..marilah saling menyampaikan kebaikan.. :)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid:22-23)
..............................................
Ukhti.. kenapa ya dengan ana semenjak dua ni..banyak perkara yang tak kena..yang ana tak alert...
Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..
Ukhti..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.
Ana sedih la dengan apa yang berlaku..semalam ana nangis..
Ukhti..dengan mana-mana pun ujiannya sama..inilah tarbiyah Allah pada kita..inikan apa yang enti selalu katakan pada ana.
Sebagai mana materi yang pernah diperolehi tentang tajuk "Haqiiqatul Insan" , manusia itu hakikatnya makhluk yang berada dalam fitrah (naluri beragama), lemah, jahil dan fakir.Nah..ternyata manusia pasti melakukan kesilapan dalam kehidupannya kerana manusia itu lemah..
Pasti kita pernah mendapat kritikan, kutukan, cacian atas kedhaifan kita. Justeru, pasti akan bersedih hati.. Jika kita adalah orang yang sentiasa memberi, mempengaruhi atau mengelokkan serta berusaha membina suasana harmoni, maka akan ada kritikan-kritikan yang bisa membakar telinga..
Pernah seorang akhwat berkata:
Ana ingatkan kalau kita buat baik dengan orang, orang akan buat baik dengan kita jugak..Tapi walaupun kita buat baik dengan diorang, diorang still cari kelemahan kita untuk dipertikaikan..
Buat baik pun salah, buat salah lagi la salah..tapi pada pandangan ana, buat je baik..biar apa orang nak kata kerana kita orang yang ditarbiyah. Kitalah ikon di IPT, di tempat kerja, di kawasan perumahan dan dikhalayak ramai..
Ana tertarik dengan satu kata-kata motivasi ini yang ana terjumpa bila terbaca buku "La Tahzan; Jangan Bersedih" karya Dr. 'Aidh Abdullah Al- Qarni.

Kuatkanlah jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan; tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan-ketulan salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya.
Biarlah jika mereka memilih memasukkan 'cebisan-cebisan daging busuk dan bangkai' ke mulut mereka sendiri tetapi kita teruskan prinsip dan akhlak sebagai seorang Muslim.
2 faktor yang menggolakkan perasaan dan emosi manusia:
- Kegembiraan yang memuncak
- Musibah yang dahsyat
Dalam sebuah hadist Rasulullah bersabda, “sesungguhnya aku melarang dua macam ucapan yang bodoh lagi tercela: keluhan tatkala mendapat nikmat dan umpatan tatkala mendapat musibah."
Alah..dia isi minyak kereta aku 3 ringgit je..dah la guna lama, ingatkan isi RM10 ke...bla..bla..
Tu la..aku dah pesan kat dia supaya tak yah gi..kan dah kena..bla...bla..
Apa reaksi kita kalau kena marah tau kena perli?? Pergh.. pastinya barasap telinga.. Tapi lain pula bagi orang yang khusyuk dalam solat sebab merekalah orang yang mampu berdiri seimbang ketika dilanda ombak kesedihan dan luapan kegembiraan yang meninggi. Cool je.. Kan solat itu mencegah diri dari perkara keji dan mungkar..
Bila ada akhwat kita tegur kita ni tak serius lah..tak banyak bekorban la...tak matang la...kita pun tarik muka, sedih dan sempit dada...tapi kita tak bersyukur kerana ada orang yang caring dan prihatin pada kita..teguran itu sebenarnya tanda dia sayangkan kita..
Akhir kata, jangan bersedih dengan musibah, cubaan, kritikan, cemuhan dan amarah orang lain terhadap kita. Yang penting take it positively. Ada satu kata-kata daripada At-Tanukhi:

"Tenanglah kamu, ramai orang yang sudah mengalami seperti ini sebelum kamu.."
Manusia sebelum kita sudah melalui apa yang kita lalui
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu..
dan mengalami derita yang kita rasai
Mungkin engkau melakukan perbuatan baik malam harinya
namun kemudian engkau kotori kebaikanmu itu
Ini adalah hukum alam, yang sudah berjalan sejak dahulu..
Nukilan khas untuk mu ukhti..
USAH BERSEDIH...
Duhai teman
Mengapa perlu kau bersedih?
Usahlah kau gusar
Usahlah kau bebani bahumu yang lembut itu
Dengan urusan dunia yang tak pernah sudah
Dunia sememangnya begitu
Kau bukanlah insan yang perkasa
Yang mampu menanggung segala
Ketahuilah bahawa
Bukti ALLAH itu menyayangimu
Adalah melalui ujianNya
Maka gembiralah
Senandungkanlah hatimu yang parah
Dengan zikir dan sifat mahmudah
Ombak ujian yang datang silih berganti
Tanda dirimu insan pilihan Ilahi
Maka tidak akan dirimu teruji
Melampaui kemampuan dirimu sendiri
Malah akan tersedia di hadapanmu nanti
Segunung pahala tertinggi
Mahligai indah di syurga menanti
Kerana laluan menuju Tuhanmu
Tidak pernah sunyi daripada cubaan
Tidakkan dibiarkan hambanya itu
Hidup lena dan leka dalam nikmat dan anganan
Telah terhidang di hadapan
Keperitan dan ujian menunggu giliran
Lantaran jalannya penuh dengan duri dan halangan
Maka maralah ke hadapan
Semoga diakhirnya nanti kan beroleh kemenangan
Munajatlah pada Yang Satu
Pasti kau temui ketenangan yang hilang
Campaklah jauh kenangan pahitmu itu
Biar ia menjadi sejarah yang tak terulang
Dan berjalanlah di atas kilauan cahaya
Dalam ikhlas tulusnya doa
Mohon terhapus segala hijab dan dosa
Sambil bertasbih mengingati ALLAH
Kerana di situ kau kan temui sakinah
Dari Yang Maha Pemberi hidayah
Dendangkanlah lagu keinsafan
Tuailah rahmatNya bersama roh perjuangan
Majulah dengan segenap kemampuan
Suburkanlah harapan
Kerana ujian adalah prosses kehidupan
Maka lukislah satu lembaran indah
Secerah pawana yang indah merona
Dan coraklah ia dengan detik-detik bahagia
Kerana ujian itu penghapus dosa
Hiduplah dengan mencari redha-Nya
Pabila tiba saat suatu ketika
Pasti kau temui juga Yang Maha Pencipta
Tangisan kesyukuran kerinduan melata
Tiada ungkapan setanding bahasa
Dapat menterjemah apa yang di minda
Di situ kulihat kau tersenyum gembira
Tanda syukur dan tanda redha
Alhamdulillah
Pujian pada Yang Esa
Lahirmu kini mujahidah berjaya
Thursday, May 26, 2011
takkan berpaling dari-Mu
kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya
dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya
tanpa sedar nikmatnya alam kerana kuasa-Mu
yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini
terima kasihku pada-Mu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu
(terima kasihku) Ya Allah
(pada-Mu Tuhanku) anugerah-Mu
(anugerah-Mu)
(pada-Mu Tuhanku) anugerah-Mu
(anugerah-Mu)
Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidup ’tuk melangkah
dan buat terang seluruh jalan hidup ’tuk melangkah
Subscribe to:
Posts (Atom)