Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 1, 2013

detik indah semakin hampir

Alhamdulillah, masuk bulan baru dlm tahun terakhir 2013, bulan ni me n my fiance akan sibuk sikit uruskan hal berkenaan borang pernikahan & nk set appointment utk ujian HIV. Baju nikah dh settle, hntr kt butik berdekatan je dgn rmh kaklong. Harap hasilnya memuaskan, sbb tgk hasil tgn akak tu kt baju2 pengantin sblm ni sume superb. En.tunang pun decide utk hntr baju melayu nikah dia kt butik yg sama. Okla, tu je setakat ni, bnyk progress utk majlis yg hampir selesai. Sebbnya sy tak suka buat keje last minute. heheh. Ok, till then, Aisyah, love. ;)

Monday, September 30, 2013

lagu video nikah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera :) berdasarkan tajuk utama, niat di hati, nak buat background music bertajuk bunga-bunga cinta, nyanyian Asmirandah & Dude Harlino. {actually, lagu kt blog sy ni la hee~} Kenapa? Sebab lirik lagu tu yang saling tak tumpah seperti awal perkenalan kami. Lirik lelaki dan perempuan Menggambarkan kisah hati saya dan dia, kami berdua, jika diteliti dengan betul :) "saya memang penganalisis lagu, bukan sekadar mendengar dari muzik yang "layannnn" semata-mata" lama dh sbnrnya sy jth hati dgn lagu ni..over a year ago, kalau tak slh :) dah ditanya kepada en.tunang berkenaan background music yg sy pilih utk video nikah kami tu nanti. Dan dia setuju. Yayy..tu yg penting kan :) Tak sabar, 5 months to go. Sedang mempersiapkan diri. Semoga mampu menjadi isteri SOLEHAH penyejuk mata & jiwa suami. Bakal ummi juga ! Aamiin, inshaALLAH. till then, Aisyah.

Wednesday, July 10, 2013

ukhti tersayang, uhibbukunna fillah abadan abada

Wahai hawa-hawa yg sgt dicintai Allah, Pernah tak terfikir dan muhasabah diri kita sendiri..persoalan-persoalan ini, Apa motif bertudung tp berpakaian bukannya menutup tetapi membalut aurat menampakkan segala bentuk di tubuh dr hujung kepala ke hujung jemari kaki, dan terlihat segala lapisan pakaian di bhgn dalam? Apa motifnya bertudung tp menampakkan lengan yg kononnya paling gebu? Apa motifnya bertudung jika dada begitu galak ternampak dan tidak dilabuhkan menutupi aurat dgn sempurna? Apa motifnya bertudung jika jarangnya menampakkan leher yg jenjang? Apa motifnya bertudung jika sekejap ada sekejap pula tiada hilang entah ke mana? Apa motifnya bertudung jika kata-kata dan perbuatan tidak seiring manisnya cara kita menutupi aurat? Apa motifnya bertudung jika fesyen itu utk bertabarruj? Apa sebenar motifnya bertudung bg kita wahai hawa?? Maaf, bukan istilah bertudung yg perlu ditekankan sebenarnya. Tetapi PERINTAH Allah utk kita menutup AURAT yg perlu kita utamakan. Apakah pakaian yg TERBAIK buat kita hawa? Tentulah pakaian yg boleh terus kita gunakan sewaktu mahu SUJUD kepadanya dlm setiap SOLAT kita. Motif UTAMA kita hanyalah kerana ALLAH yg sgt kita cintai. Hanya kerana kita HAMBA dan HAWA yang begitu taat mengikut segala PERINTAH ALLAH swt. CUKUP KUATkah kita wahai hawa utk menghadapi kebencian Allah pd kita? Tidak sayangkah kita kpd ayah, suami, abang mahupun adik kita yg lelaki apabila kita tidak mahu menutup aurat kita dgn sempurna? Kerana mereka juga akan turut menggalas dosa itu ! Sekarang, fikirlah, Apakah definisi aurat bg kamu, hawa? Renung-renungkan. Kita, SAYA dan KAMU juga, seorang hawa yg lemah, sering lalai dan hny manusia biasa yg tak lps dari melakukan kesilapan, namun, kita tetap PERLU SEGERA untuk kembali menggapai redha dan cintaNYA. Marilah kita sama-sama meraih kasih sayang Allah swt, bukan kebenciannya. Maaf jika ada kata yang menyinggung. TAK ! Bukan MARAH ! tapi SAYANG :D