Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 14, 2016

Puding Roti Dan Sos Kastard Sedap & Mudah

Assalamu'alaikum. Haritu saya dan suami berbuka puasa beramai2 bersama2 sepupu belah suami di rumah pengantin baru, Raf&Ra. Saya sempat buat puding roti dan sos custard je, sebabkan pening kepala sangat dr bangun sahur. Alhamdulillah semua kata okay & sedap.
Okay, ni gambar yang sempat diambil oleh suami sebelum puding roti hilang dari pandangan mata, kihkih

Meh saya kongsikan resepi dengan semua yg sudi mencuba ya. Jangan lupa ya, bila memasak mulut dan hati kena sentiasa terukir dengan senyuman sambil berzikir dan berselawat. InshaaALLAH setiap hidangan kita pasti terasa kasih sayangnya, 😍.
Puding roti versi Aisyah (Sukatan semua guna Cawan Bunga Hijau). 
- Susu pekat Teapot - (Isi hampir penuh) * 
- Susu cair Ideal - (2 cawan penuh) * 
- Susu segar Dutch Lady (2 cawan penuh) * 
- Telur - (2biji, kacau &tapis) * 
- Stevia (1-3 titik) * 
- Esen vanila ( 1penutup / 1sk)* 
- Kismis (Secukupnya) 
- Coklat biji (Secukupnya) 
- Roti putih - (Dlm 11-12 keping sapukan butter (Buttercup) belah depan shj, kemudian potong 4 atau koyak ikut suka) 

Cara2. 
- Dengan lafaz bismillah, campurkan semua bahan bertanda*, kacaukan sampai sebati semuanya. Kemudian tapiskan. 
- Sapukan butter pada loyang (loyang kecil sahaja). 
- Langkah 1, Lapiskan roti (yg disapu butter mengadap bhgn atas) sebagai lapisan pertama sehingga menutupi dasar loyang. 
- Langkah 2, Kemudian lapiskan pula kismis & coklat sbg lapisan kedua. 
- Langkah 3 Kemudian masukkan campuran susu td sbg lapisan ketiga agak2 sehingga semuanya tenggelam. 
-Ulang semula langkah 1-3 sehingga penuh loyang dan akhiri dgn langkah 3 sehingga tenggelam semua roti, kismis dan coklat. 
-Tutupkan dgn aluminium foil. 
- Masukkan ke dalam periuk kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus lebih kurang 40mins-1jam, dgn api sederhana. 
- Bila dh siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais utk setkan dia. 

# Bahagian ni optional - Lepas kukus, selalu Aisyah bakar sat dlm 10mins suhu 180-200'c utk bg crispy2 bhgn atas tu. Kalau nk bakar semua kek ke roti or anything, panaskan dulu ketuhar dgn suhu 180'c selama 15mins. Kemudian sejukkan baru masuk dlm peti. 

Resepi Sos Kastard Versi Aisyah 
- 250ml, campurkan shj susu segar Dutch Lady + susu cair Ideal. (Kalau nak guna susu segar sahaja atau susu cair sahaja pun boleh. Ikut suka ya). 
- 3titik Stevia 
- 1sb Tepung Kastard yg telah dibancuhkan dgn sedikit air. 
- Esen vanila.

Cara2 
- Satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan sehingga pekat. Jgn pekat sgt. 
Jgn berhenti kacau kalau tak sos akan jd bergentel. Dh siap sejukkan dan boleh dihidang dgn Puding Roti. 

Jika ada apa2 yang kurang faham, bolehlah bertanya diruangan komen ya. Malu bertanya sesat jalan 😁 Okay, tu je perkongsian harini. Selamat mencuba. 

❤ Aisyah

Saturday, January 18, 2014

Persediaan nikah kahwin = happy! :D

Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu'alaikum & salam sejahtera Alhamdulillah, harini dah ambil baju nikah sy dan en.tunang. Kami berpuas hati dgn hasil kerja tgn kak ita & the gang. Hehe. A.shidul pun ikut sekali utk fitting baju melayu beliau..& ada few things yg nk di "alter" pd bahagian kolar baju & seluar. Selesai urusan ambil baju nikah, kami singgah sbntr di Jualan Gudang The Store kt kompleks shamelin (i guess), lupa nama dia, jualan gudang tu smpai 26/27jan 2014 ni. Sempatla ku menangkap 3 pasang seluar utk duduk dirmh (lps kahwin nnt) ekeke dan juga kitchen towel (motif sgt beli kitchen towel, smngt okay nak memasak utk suami, haha :p ) Dah sudah tu, kami balik ke Idaman Puri utk bersolat zohor, ambil mama buyung seterusnya bergegas pula menuju ke kenduri kahwin geng sixma en.tunang & kak beliau. (If mencari agent takaful prudential, u r free to msg me, I'll give u their contact no..tq) :D Settle sume, kami hntr kak, abg shidul & ammar balik ke idaman puri, manakala kami pula meneruskan pencarian rumah utk kesekian kalinya. Pusing2 sebelum ambil keputusan utk pergi booking spa. Sy memilih "Bridal Package" di Gemersik Spa yg lokasinya terletak di Desa Sri Hartamas. Dan alhamdulillah, waktu sy booking ni tgh berjalan satu promosi (sampai 2februari, IF IM NOT MISTAKEN) kita ambil mana2 pakej, automatically dpt free membership + sy dpt pulak discount 50% utk pakej pengantin tu. Hanya perlu byr rm400++ instead of rm1k+ for non-member, & rm900++ for member. Alhamdulillah la kan rezeki nak jd pengantin ni. Dan bagi sy mmg berbaloi, sbb sy perlu ke spa selama 4x + 2x for my bridesmaid (utk bridesmaid ni boleh pilih sama ada seorang bridesmaid = 2x treatment ataupun 2 bridesmaid dgn setiap seorang dpt 1x treatment. Hajat dihati nk bwk mak & adik. Tgk nnt mcm mana ;) . Setiap treatment memakan masa selama 2jam++ dan ada satu treatment memakan masa selama 3jam. Total semua dlm 10+ - 11jam tidak termasuk bridesmaid pny hours yg 2x tu. Oh utk bridesmaid, treatmentnya seingat sy facial & massage. Sy tgk pun sekali imbas je td. Buat deposit, pilih tarikh & masa utk buat treatment, dpt free gift then terus balik. Nanti nak suruh en.tunang sy tu cari spa lelaki utk dia sndr. Td dh google, jmp senjakala spa rasanya. Nk kena tgk balik. Biar dua2 berseri time majlis. Ekekeke ;p Oklah, Overall sy puas hati. Detik makin hampir. Benda penting pun bnyk dh siap. Lps tu nak tumpu kt diri sendiri saja..pengantin kena bnyk rest dan tenangkan fikiran ye nk dkt2 majlis. Sbb tu sy pilih utk start men"spa" kan diri di saat2 akhir. Selain tu banyakkan bercerita kpd Allah dlm tiap tahajjud. Mohon dipermudahkan segalanya. InshaALLAH, Allahumma Aamiin :-)

Sunday, December 1, 2013

detik indah semakin hampir

Alhamdulillah, masuk bulan baru dlm tahun terakhir 2013, bulan ni me n my fiance akan sibuk sikit uruskan hal berkenaan borang pernikahan & nk set appointment utk ujian HIV. Baju nikah dh settle, hntr kt butik berdekatan je dgn rmh kaklong. Harap hasilnya memuaskan, sbb tgk hasil tgn akak tu kt baju2 pengantin sblm ni sume superb. En.tunang pun decide utk hntr baju melayu nikah dia kt butik yg sama. Okla, tu je setakat ni, bnyk progress utk majlis yg hampir selesai. Sebbnya sy tak suka buat keje last minute. heheh. Ok, till then, Aisyah, love. ;)