Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 19, 2016

Resepi Cempedak Goreng Mudah Dan Rangup Krup Krap Krup Krap πŸ˜‹

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua. Harini saya nak kongsikan resepi yang semestinya sonang untuk dibuek bersama dengan minimal ingredients. Campak sana, campak sini, pup pap, siappp! 😁
Resepi nak buat tepung salut ni resepi mak, tapi mcm biasalah saya ni memang suka adjust ikut kesesuaian tokak sendiri dan tokak husband, hehehe.

So jom cikedout resepi saya yang tersangatlah mudah niiii.
Pesanan penaja, seperti biasa, nak masak ni, daripada awal menyiapkan, membasuh bahan2 hinggalah memasak, sentiasa mulakan dengan bismillah dan selawat. Sentiasa juga lafazkan zikir Ya Latif, moga2 berkat masakan kita untuk suami dan anak2. Dan anak2 kita akan menjadi anak yang soleh yang lembut hatinya untuk mentaati semua suruhan Allah dan juga kita sebagai ibu & bapa, Aamiin.


Jadi inilah dia ghoper cempedak goreng rangup krup krap krup krap saya, mihmihmih. Ini dia resepinya.


Cempedak Goreng Rangup Versi Aisyah

Bahan-bahan

a) Tepung beras (mengikut kuantiti cempedak) - 4senduk kecil.
b) Secubit kecil serbuk kunyit.
c) Satu cawan air panas dicampur secubit garam.
d) Cempedak 1biji saiz sederhana kecil

Cara2
Dengan lafaz Bismillah dan selawat,
1) Perisikan cempedak.
2) Satukan semua bahan a, b & c. Gaul sebati. Rehatkan seketika.
3) Setelah seketika, masukkan buah cempedak ke dalam adunan. Gaulkan hingga keseluruhan buah cempedak tersalut elok.
4) Goreng dalam minyak panas hingga tenggelam. Balik-balikkan agar semua bahagian masak seiring sekata.
5) Setelah bertukar warna coklat keemasan, angkat dan toskan minyak. Cempedak goreng rangup sedia dihidang.

Saya tidak menggunakan sebarang soda bikarbonat, ataupun air kapur (ni resepi mak, mak kata mak guna untuk rangupkan kulit), sebab dah habis 😁 Jadi saya gunakan sahaja air panas seperti saya selalu lakukan bila nak buat cekodok, InshaaALLAH kulit cempedak goreng akan terasa rangup bila digigit.
Selamat mencuba.

❤
Ummi Aisyah

Friday, October 14, 2016

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Mudah Dan Sedap

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ini diberikan ruang oleh Allah untuk menyiapkan 1 hidangan kesukaan suami, iaitu sambal tumis udang, dan ditambah pula dengan 1 makanan kesukaan isteri, iaitu petai 😍.

Mujur suami bukan jenis cerewet. Tak kisah sekiranya dicampur sekali petai ke dalam sambal. Katanya tak perlu renyah nak memasak menggunakan 2-3 kuali. Terima kasih suami tercinta 😘.

Ini rupa sambal tumis udang petai saya,
Alhamdulillah, suapan pertama terus suami tunjukkan "double thumbs up", haha, pandai ambil hati isteri. Katanya sedap betul, kena dengan selera beliau.

Jadi di sini, saya kongsikan resepi untuk menghasilkan sambal tumis udang petai yang sedap dan menarik warnanya. Oh, saya gorengkan dahulu udang dan petai separuh masak agar sambal tidak hanyir dan rasa yang lebih enak. 😊
Sambil masak sambil berselawat, barulah masak with Imaan gitu hehe.

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Versi Aisyah

Bahan2.
Udang saiz sederhana (10-12ekor)
Petai (anggaran 20 biji dibelah 2)
Cili kering dikisar (8 sudu besar)
Bawang ros (8 ulas)
Bawang putih (3 ulas)
Bawang holland (1 biji dihiris bulat)
Air perahan asam jawa (secukup rasa)
Gula merah (secukup rasa)
Garam (secukup rasa).

Cara2.
a) Bersihkan udang, saya tidak buang kulit dan kepala udang untuk rasa sambal yang lebih manis, hanya guntingkan hujung janggut, ekor tajam belakang dan bahagian tajam kepala udang, guntingkan atas udang dan buang kotoran (urat hitam) dgn menggunakan lidi. Kupas petai, belah dua dan bersihkan. Jangan lupa selawat sewaktu membersihkan semua bahan masakan ya 😊
b) Tumbukkan bawang ros & bawang putih sehingga lumat.
c) Panaskan minyak dengan kuantiti yang agak banyak, kemudian dengan lafaz bismillah 😁 masukkan udang, gorengkan sebentar sahaja sehingga bertukar warna dan terus diangkat. Ketepikan.
d) Masukkan pula petai, dibalik-balikkan sebentar sehingga separuh masak, terus diangkat. Ketepikan.
e) Setelah itu, tumiskan bahan2 tumbuk sehingga terbit bau
f) Masukkan cili kering yang telah dikisar, dan juga gula merah (gula merah dimasukkan awal agar warna sambal menjadi lebih cantik), tumiskan cili sehingga pecah minyak.
e) Masukkan air panas sedikit, dan tunggu lagi sehingga sambal garing.
f) Masukkan air perahan asam jawa dan juga bawang holland yang dihiris bulat.
g) Akhir sekali, masukkan petai, udang dan garam (masukkan garam agak2 menggunakan tangan sambil selawat, barulah nama air tangan isteri, buat suami sentiasa teringat-ingat πŸ˜‰). Gaulkan sebati dan tutupkan api. Udang tidak boleh dimasak lama kerana daging udang akan menjadi keras & liat.
Sambal tumis udang petai sedia dimakan. Selamat mencuba.

Dalam semua masakan saya, saya tidak menambah apa2 perasa tambahan seperti pak aji, secukup rasa, kiub2 dan seumpamanya. Kerana bahan-bahan tersebut mengandungi kandungan MSG yang tinggi dan tidak elok untuk kesihatan. 
Di rumah, kita cuba amalkan memasak makanan yang sihat, okay? InshaaALLAH, kita usahakan yang terbaik untuk keluarga tercinta πŸ˜‰

Itu sahaja untuk hari ini.
❤
Ummi Aisyah

Monday, October 10, 2016

Resepi Rendang Ayam Mamak Penambat Hati Suami 😍

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Harini masakkan rendang ayam mamak utk suami tersayang. Sengaja masakkan resepi kesukaan suami, sebab nak raikan dia close 1million policy semalam. (Special thanks to our dear friends lala & abey for your trust).

Bila ada anak kecil ni, mmg kena jadi seorang yg "multitasking". Sambil masak sambil kalut suap dia makan, goreng itu, tumis ini, last2 ummi ambil gendong yg abi belikan daripada kedai momster, terus gendong si kecil, dia dpt nyusu sambil ummi teruskan agenda memasak utk abi dgn aman, hehehe.

So, inilah rupa rendang ayam mamak tu



Sini saya kongsikan resepi. Oh ya, pandai-pandailah "adjust" mengikut kuantiti ayam yang nak digunakan ya.


Resepi rendang ayam mamak versi Aisyah.

Bahan-bahan.
a) 3-4 potong dada ayam, dihiris kecil, ataupun mana2 bahagian ayam yg disukai.
b) Bawang merah 3-4 biji dihiris nipis.
c) Daun kari 3-4 tangkai.
d) Cili kering kisar 5 sudu besar.
e) 2 sudu besar kicap manis (jika rasa inginkan warna kuah lebih gelap, lebihkan sedikit kicap manis, tetapi jangan terlalu banyak nanti tak sedap ya).
f) 2 sudu besar air asam jawa/secukup rasa.
g) Garam secukup rasa.
h) Gula secukup rasa (Saya guna stevia/gula merah).
i) Sedikit air panas utk kuah.

Cara-cara.
a) Goreng dada ayam (yg telah diperap bersama kunyit&garam) jangan terlalu garing, biar setengah masak (juicy2 gitu), angkat dan toskan minyak.
-Dalam kuali yg sama,
b) Tumiskan bawang merah & daun kari sampai terbit bau.
c) Masukkan cili kering kisar dan tambah stevia/gula merah sekali (masukkan gula merah/stevia awal supaya warna kuah akan jadi lebih cantik), tumis hingga pecah minyak.
d) Kemudian masukkan kicap manis, air asam jawa,garam (masukkan garam menggunakan tangan, agak2 secukup rasa). Gaul hingga sebati, tambahkan air, kacau seketika dan biarkan hingga pecah minyak sekali lagi.
e) Rendang ayam mamak sedia dihidang.

InshaaALLAH resepi ni dijamin dapat menambat hati suami. Haha.
Juga senang disediakan oleh anak dara/anak bujang. Sambil memasak sambil selawat ditambah pula dengan senyuman manis. Barulah terasa kasih sayang dalam setiap masakan kita. #masakwithHatimasakwithImaanmasakwithLove gituuu 😁. Selamat mencuba kesayangan semua. Dah cuba jgn lupa kongsi gambar okay πŸ˜‰

Sekian sahaja,
❤
Ummi Aisyah